Pertandingan memasak bagi perkemahan tahun 2015 agak menyeronokkan apabila ibu bapa juga terlibat. Begitu juga dengan malam kebudayaan, di mana ibu bapa, guru-guru Pengakap Pontian hadir bagi memeriahkan Malam Kebudayaan Kem 2015.
Persembahan guru - guru pengakap Pontian
Antara persembahan di malam kebudayaan.
Selepas tamat acara di malam kebudayaan tiada lagi aktiviti yang di lakukan. Peserta kem dan guru - guru penat dan terus tidur. Seperti kebiasaan perkemahan di Skkap, malam pertama peserta tidak lena untuk tidur, mungkin seronok berjumpa rakan-rakan atau terlalu teruja. Jadi di malam pertama kami lakukan Berjalan Malam di luar kawasan sekolah yang di bantu oleh Encik Razi dan beberapa rakan - rakannya.
Pada hari ketiga setelah solat subuh, senaman dan sarapan pagi , aktiviti jungle tracking yang terakhir di sekitar sekolah di lakukan. Terdapat beberapa check point yang perlu di lalui oleh setiap kumpulan peserta kem.
Selepas selesai aktiviti jungle tracking dan mengemas khemah, maka selesai aktiviti perkemahan pada hari ke tiga. Acara penutup di hadiri oleh YDP PIBG iaitu Encik Aizam Bin Hamid .




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan